
HAL EHWAL MURID
Selamat Datang Pelajar-pelajar Baru Ke SMK Perimbun
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia , Salam Sehati Sejiwa.
​
Alhamdulillah bertemu kita kembali pada tahun baharu 2022. Diucapkan tahniah dan syabas serta Selamat Datang ke SMK Perimbun kepada murid tingkatan satu dan murid yang baru mendaftar atau berpindah sekolah. Syabas dan Tahniah kerana memilih SMK Perimbun dan selamat menjadi Ahli Keluarga kami. Kami mengalu-alukan kehadiran murid sekalian.
​
Kepada murid yang naik ke tingkatan baru 2022, peningkatan kepada satu tahap yang lebih tinggi diharap ianya seiring dengan peningkatan tahap sahsiah dan disiplin diri , kematangan emosi dan kesihatan fizikal anak- anak murid yang dikasihi sekalian.
Sempena tahun baru, sematkan dalam hati keazaman dan tekad untuk terus mencipta sejarah bagi diri sendiri khasnya dan seterusnya untuk sekolah yang kita cintai. Semaikan dalam diri niat untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, menjadi contoh dan pembimbing kepada rakan yang lain,lebih cemerlang dan terbilang seterusnya mengangkat nama baik keluarga dan sekolah, di mata masyarakat dan dunia.
Saya doakan agar suasana kondusif, selamat,harmoni dan ceria yang sentiasa ada di SMK Perimbun dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Perimbun, menjaga prestasi cemerlang demi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek.
Akhir kata hayatilah enam aspirasi murid dalam PPPM dan sahutlah slogan Mendahului Demi Kecemerlangan. SELAMAT MAJU JAYA. Wassalamualaikum Wbt.
​
​Pn Siti Hanim binti Haji Ramli
Penolong Kanan HEM

Penolong Kanan HEM

Setiausaha unit HEM

Pen Setiausaha unit HEM
