
Pengurusan SMKP

PN HJH NOREHAN BINTI ABDUL SANI
BE TOP PERIMBUN
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Assalammualaikum/salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit ICT SMK Perimbun di atas kesungguhan merealisasikan laman ini sebagai laman bermaklumat. Seterusnya ucapan terima kasih juga kepada semua unit yang terlibat dalam memberikan sumbangan bahan untuk tetapan umum.
Sesungguhnya, adalah menjadi hasrat seluruh warga SMK Perimbun untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Selaras dengan slogannya “ Bersama Menjana Prestasi Tinggi”
Kejayaan dan kecemerlangan untuk menempatkan sekolah ini menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam pelbagai aspek amat bergantung di atas usaha dan kerjasama.. Guru-guru harus kreatif dan inovatif dalam mencari peluang dan menggunakan ruang yang ada untuk menonjolkan bakat kecemerlangan masing-masing.. Semua warga SMK Perimbun harus meningkatkan keupayaan masing-masing sama ada kalangan guru mahupun para pelajar agar senantiasa teruja memburu kejayaan sesuai dengan slogan keramat warga SMK Perimbun iaitu mendahului demi kecemerlangan
Akhir sekali, syabas dan tahniah terhadap semua warga SMK Perimbun di atas sumbangan dan kejayaan yang telah dicapai !! dan teruslah berusaha dengan giigih untuk mencipta kejayaan seterusnya..
Sekian, terima kasih.
​
​
​

PN NORZAKMAR

PUAN SITI NORIZA BINTI SAMEAN

GKMP SAINS & MATEMATIK

PN NORZAKMAR
Pentadbir




Guru Sesi Pagi




Guru Sesi Petang




Staf Sokongan
Visi Kami

"MENDAHULUI DEMI KECEMERLANGAN"
- AKADEMIK, KOKURIKULUM,
SAHSIAH DAN PENGURUSAN
Misi Kami

SENTIASA MENGHAYATI BUDAYA CEMERLANG.
MEMBUDAYAKAN ILMU, AMAL DAN AKHLAK MULIA.
PEMBANGUNAN STAF DAN INSAN BERTERUSAN.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI.
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG HARMONI DAN MENARIK.
MEMANTAPKAN PENGURUSAN ORGANISASI.
Pengetua SMK Perimbun
Falsafah Kami

Setiap pelajar di sekolah ini mempunyai potensi diri yang dapat diperkembang ke tahap optimum.
Setiap guru di sekolah ini merupakan pendidik yang mempunyai kebolehan ikhtisas, berilmu dan berkeupayaan untuk mendidik pelajar dengan sempurna.
Matlamat Kami

Mendidik dan melahirkan pelajar yang berlimu, berakhlak mulia, berketrampilan dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan