SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 63
28 OGOS 2020 - Dengan tema Malaysia Prihatin, sambutan Hari Kebangsaan Ke 63 tetap disambut dengan penuh semangat patriotisma... Semua warga SMK Perimbun meraikan usaha tanpa jerih perjuangan nenek moyang pada suatu ketika dahulu bagi membolehkan kita melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan ditadbir sendiri oleh rakyat pada hari ini.
Cabaran... Dugaan... Covid-19 membenarkan kata pesanan yang tahu... bahawa kemerdekaan tidak mudah diperolehi... Lebih payah untuk selamanya menikmati... tanpa usaha mengekalkan nikmat yang diberi. Ayuh.. Peperangan dan perjuangan kita mungkin berbeza, tetapi kita menuntut satu perkara yang sama... KEMERDEKAAN... Biar tanpa senjata, biar tanpa bersua... Bangkitlah berjuang melawan corona durjana.
Sedikit berbeza.. Hari Kebangsaan disambut dengan penjarakan. Tiada berbilang peserta. Tidak bersesakan di ruang majlis. Kekal bertopeng, separuh muka dilitupi.. sembunyikan senyuman manis.. khuatir virus terpikat.. Jangan sesekali mendekat. Merdeka di hati... walaupun melaungkan MERDEKA di kelas sendiri.... tetap 7 kali... tetap dirai..
Salam Merdeka.... Malaysiaku Berdaulat... Tanah Tumpahnya darahku...







Comments